Ujian getir menanti The Red Devils

Daniel James bersama Marcus Rashford. -Foto AFP
Daniel James bersama Marcus Rashford. -Foto AFP
A
A
A

PEMAIN Manchester United, Daniel James menyifatkan beliau sudah tidak sabar memberi aksi terbaik menjelang pertemuan menentang Wolverhampton pada Pusingan Ketiga Piala FA di Stadium Molineux, awal pagi ini.

Menurutnya, beliau yakin pertemuan kali ini mampu menghadirkan impak positif

biarpun menyedari rekod pertemuan di laman lawan sering menghadirkan kesukaran.

"Saya sudah tak sabar kembali beraksi pada pertandingan ini. Namun bertandang ke laman Wolves untuk kali kedua pastinya bukan satu tugas mudah.

"Wolves mempunyai benteng pertahanan yang mengunakan lima pemain ketika bertahan serta cukup efektif apabila melakukan serangan pantas.

"Kami meraih keputusan kurang beri impak dalam beberapa pertemuan terakhir. Ketika kami hadir ke Wolves pada awal musim saya percaya kami sudah memberikan yang terbaik tapi kami kecewa gagal bawa pulang tiga mata.

"Wolves pasukan yang bagus bila beraksi di laman sendiri. Namun begitu kali ini kami lebih bersedia kerana kami mahu mara ke pusingan seterusnya," katanya.

Untuk lima pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, The Red Devils berdepan kesukaran menjinakkan lawan mereka itu.

Artikel Berkaitan:

The Red Devils hanya melakar satu kemenangan, dua seri dan dua tewas.

Keputusan seri dilakar adalah pada 20 Ogos lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Molineux hasil jaringan Anthony Martial sebelum Ruben Neves menyamakan kedudukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!