Skyworld terima anugerah emas Putra Aria Brands 2024

Lee Chee Seng (lima dari kiri) bersama kakitangan SkyWorld Development Berhad meraikan kemenangan penting di Anugerah Jenama Putra Aria 2024, memperoleh Anugerah Emas dalam kategori pembangunan hartanah.
Lee Chee Seng (lima dari kiri) bersama kakitangan SkyWorld Development Berhad meraikan kemenangan penting di Anugerah Jenama Putra Aria 2024, memperoleh Anugerah Emas dalam kategori pembangunan hartanah.
A
A
A

PEMAJU bandar SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) memenangi anugerah emas dalam kategori pembangunan hartanah di Anugerah Putra Aria Brands 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan itu menunjukkan Skyworld terus menjadi pemaju hartanah yang dipercayai menerusi reputasi kualiti produk, inovasi dan penciptaan nilai.

Menurutnya, setiap produk dibuat mengikut standard piawaian industri dan dinilai melalui Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Kemenangan ini adalah bukti syarikat memberi keutamaan kepada pengguna dan menjanjikan kualiti terbaik jenama kami.

“SkyWorld telah lama meletakkan kualiti mengikut standard industri dan semua projek perlu menjalani penilaian yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anugerah Jenama Putra Aria,merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Anugerah tersebut mengiktiraf jenama cemerlang dalam landskap pemasaran dan pengiklanan merentas segmen di Malaysia.

Lee Chee Seng (tengah) menerima Anugerah Emas di Anugerah Jenama Putra Aria 2024 di Hotel One World, Petaling Jaya.
Lee Chee Seng (tengah) menerima Anugerah Emas di Anugerah Jenama Putra Aria 2024 di Hotel One World, Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut Chee Seng, usaha mencipta produk berkualiti untuk kehidupan yang lebih baik didorong oleh tiga tonggak utama iaitu pengalaman bersepadu, penciptaan nilai dan inovasi dalam persekitaraan mampan.

Ujarnya, dengan pengiktirafan tersebut mereka akan terus membantu meningkatkan inovasi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pemilik rumah, kami akan memberikan ganjaran ke atas kesetiaan mereka kerana terus memilih produk Skyworld,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!