Kemhan cetus kontroversi, dilapor kepada Bawaslu

Ciapan yang memaparkan hashtag kempen pilihan raya itu turut dipersoalkan pengguna X. Foto Agensi
Ciapan yang memaparkan hashtag kempen pilihan raya itu turut dipersoalkan pengguna X. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Akaun rasmi Kementerian Pertahanan Indonesia (Kemhan) di platform X telah dilaporkan kepada Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) pada Selasa kerana didakwa melanggar keneutralan pilihan raya.

Kemhan dikatakan memaparkan hashtag yang mempromosikan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, calon presiden (capres) No. Siri Dua, Prabowo Subianto menerusi posting di akaun @Kemhan_RI pada 21 Januari lalu.

Firma undang-undang, Themis Indonesia yang membuat aduan itu menjelaskan, hantaran tersebut berkaitan majlis perasmian kompleks kediaman baharu di pangkalan tentera udara di Kabupaten Natuna, sebahagian Kepulauan Riau.

Hantaran terakhir turut memaparkan sejumlah hashtag berkaitan Kemhan dan Prabowo yang dirujuk sebagai 'Menhan Prabowo' atau Menteri Pertahanan Prabowo.

Tetapi, Tempo melaporkan salah satu hashtag itu adalah #PrabowoGibran2024 yang jelas mempromosikan pasangan calon (paslon) tersebut.

Namun, beberapa pengguna X mempersoalkan tindakan 'admin' akaun itu yang menggunakan hashtag kempen pilihan raya kerana dikatakan seolah-olah menyokong Prabowo bersama pasangan regunya, Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Prabowo bersama Gibran dan Jokowi telah berulang kali menepis dakwaan itu, namun gagal menghentikan spekulasi tersebut.

Bagi mengelakkan hal itu menjadi topik perdebatan banyak pihak, hantaran tersebut telah dipadamkan. Namun, beberapa pengguna media sosial sempat mengambil tangkapan layar hantaran kontroversi itu dan disebarkan ke platform lain.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap Themis, Ibnu Syamsu Hidayat, pegawai perhubungan awam Kemhan, Brigadier Jeneral, Edwin Adrian mengesahkan perkara itu.

“Ia jelas satu bentuk kecuaian yang dilakukan 'admin' media sosial kementerian itu. Tindakan mempromosikan Prabowo-Gibran di akaun rasmi mereka melanggar Perkara 280 Undang-undang Pilihan Raya Umum. Ia wajar ditangani segera oleh Bawaslu,” jelasnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!