60 gerai di Gunung Cheroh diberi amaran lisan

Ahmad Munir (dua dari kiri) ketika melakukan pemeriksaan gerai di Gunung Cheroh di Ipoh pada Rabu.Foto MBI
Ahmad Munir (dua dari kiri) ketika melakukan pemeriksaan gerai di Gunung Cheroh di Ipoh pada Rabu.Foto MBI
A
A
A

IPOH - Sebanyak 60 gerai yang dibuka sempena perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh di sini dikenakan amaran lisan berikutan kegagalan mematuhi etika pengendalian makanan.

Amaran itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hasil pemeriksaan dilakukan pada Rabu.

Setiausaha MBI, Ahmad Munir Ishak berkata, amaran lisan yang dikeluarkan adalah berkaitan pemakaian apron, topi, kasut bertutup, pemeriksaan suntikan anti-tifoid dan sijil kursus pengendali makanan.

Amaran lisan dikeluarkan MBI kepada peniaga berikutan kegagalan mematuhi etika pengendalian makanan.Foto MBI
Amaran lisan dikeluarkan MBI kepada peniaga berikutan kegagalan mematuhi etika pengendalian makanan.Foto MBI

"Peniaga turut diminta menyediakan tong sampah untuk kegunaan gerai masing-masing.

"MBI akan menjalankan pemeriksaan susulan untuk memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, pemantauan itu dilakukan bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan, lalu lintas dan susun atur khemah berada pada tahap baik sepanjang perayaan berlangsung.

"Sempena perayaan tahun ini, sebanyak 200 khemah di bawah seliaan penganjur iaitu Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Sabah dan 69 khemah individu telah diluluskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!