Liverpool, Chelsea ulangi memori 2022

Diaz. Foto Agensi
Diaz. Foto Agensi
A
A
A

LUIS Diaz menjaringkan gol awal untuk meletakkan Liverpool kembali ke final Piala Liga ke-14 kelab itu selepas seri 1-1 menentang Fulham pada perlawanan kedua separuh akhir di Craven Cottage pada Khamis.

Keputusan itu menyaksikan pemegang rekod juara Piala Liga sembilan kali itu menewaskan Fulham dengan agregat 3-2.

Skuad asuhan Jurgen Klopp itu akan bertemu Chelsea di Wembley pada 25 Februari dalam ulangan final 2022 yang dimenangi Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti.

"Ya, satu persembahan hebat.

Kami mempunyai pengalaman sebelum ini, dan tahu apa yang diharapkan dalam perlawanan ini.

Sekali lagi Chelsea, wow betapa hebatnya cerita.

Saya beritahu pemain-pemain jangan sesekali mengambil mudah jika anda adalah sebahagian daripada pasukan yang layak untuk trofi.

"Apa yang dilakukan setiap pemain malam ini adalah luar biasa.

Artikel Berkaitan:

Ini adalah pengalaman penuh piala.

Perlawanan terbuka, separuh masa kedua mereka bermula lebih liar.

Kami tidak menjaringkan gol.

Mereka mendapat gol penyamaan.

Tetapi pemain-pemain itu bermain dengan baik dan saya sangat gembira.

“Satu-satunya perkara yang penting pada akhirnya ialah kami telah melaluinya,” kata Klopp selepas gol minit minit ke-11 memacu Liverpool ke perlawanan akhir.

Issa Diop menyuntik nyawa kepada penyokong Fulham apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Sementara itu, pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk berkata, “Kami mahu memastikan melakukan perkara yang betul, Fulham bermain di laman sendiri dengan suasana yang baik.

"Kami perlu bersedia untuk bertarung, kami memulakan permainan dengan baik dan menjaringkan gol yang baik.

Kami menemui jalan untuk pergi ke Wembley."

Kedua-dua pasukan kini akan mengalihkan perhatian kepada perlawanan Piala FA pusingan keempat, dengan Liverpool menentang Norwich City pada Ahad, manakala Fulham menerima kunjungan Newcastle United pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!