Audio Netanyahu kritik Qatar bocor, jejaskan usaha perdamaian di Gaza

Benjamin Netanyahu - Foto AFP
Benjamin Netanyahu - Foto AFP
A
A
A

DOHA - Kerajaan Qatar menegaskan, Benjamin Netanyahu menjadi penghalang usaha perdamaian di Gaza.

Dakwaan itu dibuat susulan rakaman audio Perdana Menteri Israel itu menggelar Qatar sebagai 'bermasalah' bocor dan disebarkan.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang disebut oleh Netanyahu dalam pelbagai laporan media mengenai peranan Qatar sebagai orang tengah.

“Sekiranya kenyataan yang dilaporkan itu didapati benar, PM Israel hanya akan menghalang dan menjejaskan proses pengantaraan di atas sebab-sebab yang nampaknya memberi manfaat kepada kerjaya politiknya dan bukannya mengutamakan untuk selamatkan nyawa yang tidak bersalah, termasuk tebusan Israel,” kata Majed dalam laman sosial X, pada Rabu.

Dalam rakaman audio bocor daripada pertemuan dengan keluarga tebusan yang disiarkan di berita Channel 12 Israel pada Selasa, Netanyahu menggelar Qatar sebagai "bermasalah."

"Anda tidak melihat saya mengucapkan terima kasih kepada Qatar, adakah anda perasan?

Saya tidak mengucapkan terima kasih kepada Qatar.

"Kenapa?

Artikel Berkaitan:

Kerana Qatar, pada saya, tidak ada bezanya dengan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Palang Merah dan ia lebih bermasalah.

"Namun, saya bersedia menggunakan mana-mana orang tengah sekarang yang boleh membantu saya membawa mereka (tebusan) pulang," kata Netanyahu.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Qatar dan sama ada rakaman yang bocor itu adalah sahih, jurucakap kerajaan Israel berkata, pihaknya tidak boleh menjelaskan secara terperinci mengenai usaha dan langkah yang diambil untuk membebaskan tebusan.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan Majed, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, menuduh Doha "menyokong dan membiayai keganasan."

Smotrich berkata, Qatar "sebahagian besarnya bertanggungjawab" untuk serangan 7 Oktober yang diketuai Hamas ke atas masyarakat Israel selatan dan menggesa negara-negara Barat untuk mengenakan lebih banyak tekanan ke atasnya untuk membawa pembebasan segera tebusan.

Qatar, di mana beberapa pemimpin politik Hamas berpangkalan, telah berkhidmat sebagai pengantara utama antara pergerakan yang mentadbir Gaza dan pegawai Israel dalam konflik itu.

Pada bulan November, Qatar membantu mendapatkan jeda tujuh hari dalam pertempuran, dengan 110 tebusan Israel dan asing dibebaskan dari Gaza sebagai balasan kepada 240 rakyat Palestin yang dibebaskan dari tawanan Israel.

Dalam rakaman itu, Netanyahu seterusnya berkata, Qatar mempunyai pengaruh terhadap Hamas kerana ia membiayai pergerakan itu.

Netanyahu memberitahu keluarga tebusan bahawa, dia baru-baru ini "sangat marah dengan Amerika" kerana memperbaharui perjanjian untuk melanjutkan kehadiran tentera Amerika di sebuah pangkalan di Qatar. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!