Maritim Malaysia tahan bot nelayan dikendalikan warga Myanmar

Antara tekong dan kru warga Myanmar yang ditahan pada Rabu.
Antara tekong dan kru warga Myanmar yang ditahan pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 bersama tiga nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di kedudukan 6.4 batu nautika dari daratan Sekinchan pada Rabu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu dibuat kira-kira jam 8.15 pagi ketika rondaan dijalankan kawasan terbabit.

"Pemeriksaan awal dijalankan mendapati bot nelayan berkenaan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan bawah lapan batu nautika dari daratan.

"Bot terbabit didapati dikendalikan tekong dan tiga kru warga Myanmar yang berumur 34 hingga 59 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sebuah bot nelayan dipercayai dikendalikan tekong dan kru warga Myanmar ditahan di kedudukan 6.4 batu nautika dari daratan Sekinchan pada Rabu.
Sebuah bot nelayan dipercayai dikendalikan tekong dan kru warga Myanmar ditahan di kedudukan 6.4 batu nautika dari daratan Sekinchan pada Rabu.

Katanya, kesemua suspek didapati tidak memiliki dokumen yang sah.

"Siasatan mendapati suspek terlibat gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan permit kerja atau surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di atas bot berkenaan.

"Kesemua mereka kemudiannya ditahan bersama hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan seberat 200 kilogram," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, suspek dan bot ditahan kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!