NGO tuntut hemat Sultan Terengganu atasi isu ekonomi

Kamarul Azizan (kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil istana di hadapan pintu di Istana Syarqiyyah.
Kamarul Azizan (kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil istana di hadapan pintu di Istana Syarqiyyah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu semasa negara di Istana Syarqiyyah di sini pada Rabu.

Penyerahan memorandum itu diserahkan kepada wakil istana di hadapan pintu di Istana Syarqiyyah di sini pada jam 3.30 petang.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuala Terengganu, Kamarul Azizan Abdul Rahman berkata, penyerahan memorandum itu membangkitkan isu ekonomi, kos sara hidup, integriti dalam kepimpinan negara dan sensitiviti agama.

"Menjunjung sembah kepada tuanku ketaatan patik rakyat tuanku terhadap fitnah yang telah dikemukakan kepada institusi raja-raja.

Kamarul Azizan (kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil istana di hadapan pintu di Istana Syarqiyyah.
Kamarul Azizan (kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil istana di hadapan pintu di Istana Syarqiyyah.

"Hari ini kita menghantar satu warkah kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tentang keadaan umat Islam dan rakyat secara keseluruhan berhubung penderitaan rakyat berkaitan sosioekonomi negara pada hari ini.

"Patik mengharapkan tuanku berkenaan membawa suara rakyat negeri ke Majlis Raja-Raja untuk menilai semula kepimpinan negara dan melakukan sesuatu demi menyelamatkan masa depan rakyat Dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Lebih 20 orang berhimpun di hadapan pintu Istana Syarqiyyah di sini bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil istana.

Sebelum ini, kira-kira 1,000 orang berhimpun di hadapan pintu dua Istana Negara bagi membawa suara rakyat dalam himpunan Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara.

Beberapa NGO menuntut kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung rintihan rakyat disebabkan keadaan ekonomi yang mendesak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!