Video tular dakwa 'satu keluarga' terlibat curi aksesori telefon

Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang budak lelaki mencuri aksesori telefon di sebuah premis di Kota Tinggi.
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang budak lelaki mencuri aksesori telefon di sebuah premis di Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Satu rakaman video tular mendakwa kejadian mencuri aksesori telefon membabitkan satu keluarga berlaku di sebuah premis di sini.

Video kejadian berkenaan tular di Facebook Khas Penduduk Kota Tinggi sebelum dikesan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan mendapati video berdurasi 51 saat itu dimuat naik pada Rabu.

"Video berkenaan memaparkan beberapa individu datang menaiki sebuah kereta masuk ke Gadget Station sekitar jam 7 petang semalam.

"Mereka melakukan perbuatan mencuri di premis tersebut. Polis Kota Tinggi akan menjalankan siasatan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mana-mana individu atau peniaga di premis terbabit yang menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis terdekat.

Sejak malam Rabu tular video berkenaan mendakwa dilakukan satu keluarga dan orang ramai terutama peniaga dihasihatkan supaya berhati-hati.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!