Mansuh skim pencen: Perak turuti ketetapan kerajaan Pusat

Sivanesan menyantuni orang ramai ketika mengadakan tinjauan ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh dekat Ipoh sempena sambutan Thaipusam pada Khamis.
Sivanesan menyantuni orang ramai ketika mengadakan tinjauan ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh dekat Ipoh sempena sambutan Thaipusam pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan mengambil tindakan selari dengan kerajaan Pusat berhubung perjawatan bagi penjawat awam baru berstatus tetap selepas ini tidak berpencen.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A Sivanesan berkata, kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa sebagai pembuat kuasa menetapkan perkara itu dan adalah terpakai di semua negeri.

"Negeri pun akan ikut Persekutuan kerana kita menggunakan perintah am yang sama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di sini sempena sambutan Thaipusam pada Khamis.

Beliau yakin, kerajaan akan membuat penyusunan semula yang lebih baik bagi skim perkhidmatan awam di negara ini.

Sivanesan sempat mengunjungi kaunter Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibuka sebagai kemudahan orang awam sempena sambutan Thaipusam dekat Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh dekat Ipoh.
Sivanesan sempat mengunjungi kaunter Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibuka sebagai kemudahan orang awam sempena sambutan Thaipusam dekat Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh dekat Ipoh.

Katanya, langkah itu termasuklah memasukkan terma-terma baharu dalam skim itu sebagai jaminan kepada penjawat awam.

"Kalau kita tawarkan jawatan dengan terma-terma lama untuk jawatan tetap, itu akan mengelirukan pada masa depan.

"Jadi perkara ini sepatutnya bukanlah tidak satu masalah untuk kakitangan awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Kabinet telah bersetuju dengan ketetapan itu dan satu pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Menerusi ketetapan itu, status berpencen penjawat awam tetap sedia ada tidak akan terjejas, sementara penjawat awam baru kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang tahun 2040 jumlah saraan pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda akan mencecah RM120 bilion setahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!