'Masamu telah tiba, berehatlah Shah'
GOMBAK - Siapa tidak berduka jika sahabat karib pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Sudah pasti akan terkenang momen indah bersama sepanjang hayat, begitu jugalah perasaan dirasai oleh seorang pelayar Twitter bernama Kajim Sharibi apabila berkongsi kesedihannya awal pagi tadi.
"Saya terpaksa tutup compartment ni pakai locker, tak sanggup nak toleh di mana saya expect kamu ada dalam bilik ni, Al-Fatihah," ciapnya yang tular di laman sosial.
Menurut Kajim, Allahyarham Shaharuddin Suhaimi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat akibat kemalangan jalan raya.
Jenazah Allahyarham yang juga skuad Inter Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Suksis) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dibawa ke kampung halamannya di Perak.
"Pemergian Shah memberi tamparan hebat buat skuad inter. Bagaimanapun skuad ini mampu ceria tanpa Shah. Tiada apa Shah, kau milik Tuhan. Masamu telah tiba. Berehat ya Shah.
"Kami semua kuat insya-ALLAH, terima kasih kerana pernah hadir buat kami, kami simpan kemas semua kenangan dalam ingatan," katanya.
Pada hantaran sama, Kajim turut memuat naik beberapa video skuadnya untuk mengimbau kenangan bersama Allahyarham.
"Kepada semua skuad, walaupun seorang sudah pergi selamanya, ingat! kita kena terus kuat, sama-sama sentiasa bersama.
"Moga ALLAH menempatkan arwah ke syurga firdaus, Al-Fatihah," katanya.
Posting meruntun jiwa itu menarik perhatian netizen yang turut bersimpati di atas kehilangan arwah.
Pelatih Kor Suksis dari universiti berbeza turut menitip doa dan mengucapkan takziah kepada Kajim.
"Saya pelatih Kor Suksis UiTM Kedah, mengucapkan takziah atas pemergian arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," ciap @_muhdafizi.
Wakil dari Kor Suksi UniSZA, @szafndi turut menyampaikan takziah, "Assalamualaikum. Saya wakil KOR-Suksis UniSZA mengucapkan salam takziah buat squad inter KOR-Suksis UIA. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman."
aku terpaksa tutup compartment ni pakai locker, aku tak sanggup nak toleh di mana aku expect kau ada dalam bilik ni, Al Fatihah pic.twitter.com/gEXmD4CJSp
— Nurkhadzim (@KajimSharibi) January 3, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!