Pelaku bakar studio anime dihukum mati
TOKYO - Mahkamah Jepun pada Khamis menjatuhkan hukuman mati terdapat pelaku serangan yang membakar sebuah studio animasi pada tahun 2019 sehingga mengorbankan 36 orang.
Insiden kebakaran di studio Kyoto Animation dianggap jenayah paling teruk di Jepun dalam beberapa dekad dan menggemparkan industri anime atau animasi dan peminatnya di seluruh dunia.
Mangsa yang selamat menceritakan Shinji Aoba, kini berusia 45 tahun, memecah masuk ke dalam bangunan itu, menabur petrol di sekitar tingkat bawah, menyalakannya dan menjerit 'pergi mati' pada pagi 18 Julai 2019.
Kebanyakan mereka yang terkorban adalah golongan muda berusia 21 tahun.
Segelintir daripada mangsa ditemui di atas tangga berpusing menuju ke bumbung, yang menunjukkan mereka cuba untuk menyelamatkan diri.
Stesen televisyen NHK melaporkan hakim memutuskan Aoba tidak gila atau mengalami kemerosotan keupayaan mental semasa melakukan jenayah itu sebelum menjatuhkan hukuman mati. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!