Air bukit punca banjir di pekan Sungai Lembing
25 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 25 JANUARI 2024
Penduduk di Sungai Lembing mendakwa kejadian banjir kilat di pekan itu lewat petang Rabu berpunca daripada air dari bukit sekitar penempatan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Penduduk, Saleh Kidam, 81, berkata, hujan lebat memburukkan lagi keadaan.
Dia yang sudah menetap di situ sejak 43 tahun lalu mengaku sudah lali berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kediaman mereka sering banjir setiap kali musim Monsun Timur Laut (MTL).