ADUN Pending akan hadiri angkat sumpah TYT Sarawak

Violet. Tangkap layar menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Violet. Tangkap layar menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong Wui Wui akan menghadiri upacara angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang dijangka berlangsung pada 29 Januari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan beliau menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

“Saya akan hadir dalam upacara angkat sumpah TYT Sarawak yang baharu pada Isnin nanti,” katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan sedang bersiap-sedia untuk menyandang jawatan TYT Sarawak.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama calon untuk TYT Sarawak yang baharu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau memaklumkan, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan dan pengganti Tun Abdul Taib Mahmud yang tamat perkhidmatan pada 28 Februari ini akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!