Tak jadi terjun jambatan selepas ditawar nasi beriani

Seorang lelaki (dalam bulatan) berada di atas struktur sebuah jambatan di Kolkata. Foto Agensi
Seorang lelaki (dalam bulatan) berada di atas struktur sebuah jambatan di Kolkata. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI – Siapa sangka, nasi beriani mampu menyelamatkan nyawa seseorang, tetapi itulah yang terjadi di Kolkata baru-baru ini.

Menurut laporan Wion News, seorang lelaki membatalkan niatnya untuk terjun dari sebuah jambatan selepas pihak polis menawarnya satu set nasi beriani dan peluang pekerjaan.

Insiden yang berlaku itu sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) pada Isnin lalu turut mengakibatkan jalan raya sesak hampir sejam.

Pada hari kejadian, mangsa menaiki sebuah motosikal bersama anak perempuannya sebelum berhenti berhampiran jambatan tersebut.

Dia memberitahu bahawa telefon bimbitnya terjatuh di atas jalan raya.

Bagaimanapun, anaknya tampak keliru apabila melihat bapanya memanjat palang besi dan mengancam untuk terjun dari jambatan itu.

Tidak lama kemudian, anggota Pasukan Pengurusan Bencana Polis Kolkata dan bomba tiba di lokasi kejadian untuk mengakhiri ‘drama’ tersebut.

Mereka berjaya memujuk lelaki tersebut dengan menawarkan kepadanya satu set nasi berani selain peluang pekerjaan.

‘Drama itu’ berakhir dengan lelaki berkenaan memutuskan untuk tidak terjun dari jambatan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!