Mansuh pencen: Fikir alternatif lain, jaga hati penjawat awam

kerajaan perlu lebih sensitif dan peka menangani masalah ini, jangan sampai mereka 'lari' ke sektor swasta atau luar negara kerana sebahagian besar kakitangan awam mengisi sektor kritikal - Gambar hiasan.
kerajaan perlu lebih sensitif dan peka menangani masalah ini, jangan sampai mereka 'lari' ke sektor swasta atau luar negara kerana sebahagian besar kakitangan awam mengisi sektor kritikal - Gambar hiasan.
A
A
A

KEPUTUSAN kerajaan yang akan memansuhkan skim pencen untuk lantikan penjawat awam baharu berstatus tetap mendapat reaksi pelbagai pihak.

Malah cadangan tersebut turut ditentang 'orang kanan' penjawat awam iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang melihat tindakan tersebut tidak adil kerana penjawat awam perlu berkhidmat lebih 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO pula mencadangkan pemansuhan skim pencen dimulakan dengan wakil rakyat.

Menyifatkan langkah itu sebagai berat sebelah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tidak adil jika golongan berkenaan menikmati pencen sehingga mati.

Walaupun kerajaan berhadapan dengan perbelanjaan pencen yang tinggi setiap tahun, namun harus dipertimbangkan segala kemungkinan lain sebelum menyentuh soal kewangan penjawat awam.

Jika dilihat dari sudut logik, ramai penjawat awam berpencen perlu berkhidmat dalam satu tempoh yang lama untuk melayakkan mereka menerima faedah berkenaan.

Wakil rakyat pula ada yang tidak sampai lima tahun berkhidmat, sudah diberi pencen. Maka di mana keadilannya?

Oleh yang demikian kerajaan perlu lebih sensitif dan peka menangani masalah ini, jangan sampai mereka 'lari' ke sektor swasta atau luar negara kerana sebahagian besar kakitangan awam mengisi sektor kritikal.

Artikel Berkaitan:

Secara tidak langsung boleh mendatangkan kerugian kepada kerajaan. Oleh itu, fikirkan alteratif lain untuk kebaikan semua penjawat awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!