Mancini risau jumpa Korea Selatan

Roberto Mancini - Foto: AFP
Roberto Mancini - Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Arab Saudi, Roberto Mancini memberi amaran kepada para pemainnya bahawa mereka akan menghadapi perlawanan yang sangat sukar menentang Korea Selatan dalam pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada Khamis sudah memadai untuk pasukannya mengungguli kumpulan mereka.

Ia bakal menyaksikan pertembungan di Qatar pada Selasa depan antara dua pilihan kejohanan dan pertembungan pengurusan antara dua legenda Eropah iaitu Mancini dan jurulatih Korea Selatan Jurgen Klinsmann.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk mereka.

"Apa sahaja boleh berlaku. Jika anda mahu melepasi saingan ini, anda perlu menentang pasukan teratas.

"Anda perlu menentang Jepun, Korea Selatan, Australia, jika anda mahu menang," katanya.

Dalam perlawanan Kumpulan F yang lain, Oman seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan menduduki tempat ketiga. Kedua-dua pasukan tersingkir.

Thailand pula mengakhiri saingan kumpulan pada kedudukan kedua dan akan menentang Uzbekistan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!