Lima mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands warga Myanmar

Pasukan penyelamat dari pelbagai agensi giat melakukan pencarian mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 59 Kampung Raja, Cameron Highlands.
Pasukan penyelamat dari pelbagai agensi giat melakukan pencarian mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 59 Kampung Raja, Cameron Highlands.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Lima mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di sini dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, salah seorang mangsa dikenali sebagai Haphey, 36, ditemui maut tertimbus jam 3 pagi pada Jumaat.

Menurutnya, empat mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus, Shing Lan Har, 56, Shing Aung, 39, Om Myue, 38, dan Thang Moung, 25.

Lokasi kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja, Cameron Highlands pada awal pagi Jumaat.
Lokasi kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja, Cameron Highlands pada awal pagi Jumaat.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 2.10 pagi pada Jumaat.

"Bertindak atas laporan yang diperoleh, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan dan mengkordinasikan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Azri berkata, kenderaan pacuan empat roda terpaksa digunakan memandangkan laluan ke lokasi kejadian telah terputus.

"Operasi mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi SAR disertai pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan tentera," katanya.

Operasi SAR empat warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.
Operasi SAR empat warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.

Tambah Azri, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!