Piala Asia 2023: Kim Pan Gon merajuk?

Kim Pan Gon - Foto: Bernama
Kim Pan Gon - Foto: Bernama
A
A
A

KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengingatkan sesetengah pihak agar mengenang semula perjalanan Harimau Malaya sejak dia mengambil-alih 2022, bukan menilai prestasinya semata-mata dalam Piala Asia 2023.

Dalam sidang media selepas bertemu Korea Selatan malam tadi, pengendali itu menuntut kritikan yang lebih adil berikutan kegagalan mereka mencatat sebarang kemenangan untuk terkandas awal dalam Kumpulan E.

"Selepas 42 tahun menanti untuk layak, pemain Malaysia tidak pernah melalui tekanan dalam kejohanan indah seperti ini dan kami harus menikmatinya serta kami bertekad kembali ke sini.

"Korea layak kancah ini dalam masa 32 tahun, selepas 16 tahun barulah mereka memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dan 24 tahun pula di tempat lawan.

"Tetapi selepas 42 tahun (berusaha untuk layak), anda pula menuntut kemenangan dan pusingan 16.

"Kita perlu berikan masa, berikan sokongan kepada pemain dan bina asas yang mantap untuk kembali. Ia sangat mustahak.

"Dalam dua tahun terakhir, kami berikan anda keputusan dan persembahan mantap. Kami meledak gol dalam setiap perlawanan.

"Saya tahu anda tunggu kegagalan saya. Saya sentiasa bersedia, tiada masalah. Semalam anda mahu saya dipecat," katanya. - Awani/ Stadium Astro

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!