[VIDEO] Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat kedua mangsa tertimbus ditemui
CAMERON HIGHLANDS - Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat kedua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Mayat lelaki warga Myanmar itu ditemui sekitar jam 12.05 tengah hari di bawah runtuhan tanah dalam jarak 10 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, penemuan itu menjadikan dua mangsa daripada keseluruhan lima orang ditemui setakat ini.
"Operasi mencari tiga lagi mangsa yang tertimbus masih diteruskan," katanya.
Sinar Harian melaporkan, semua lima mangsa termasuk seorang wanita yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu dikenal pasti sebagai warga Myanmar.
Seorang mangsa dikenali sebagai Haphey, 36, ditemui maut tertimbus jam 5.40 pagi pada Jumaat.
Empat lagi mangsa dikenali Shing Lan Har, 56, Shing Aung, 39, Om Myue, 38, dan Thang Moung, 25.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!