Desakan peralihan kuasa tak selesaikan masalah: Armada Bersatu

Muzzammil
Muzzammil
A
A
A

SHAH ALAM – Desakan untuk menetapkan peralihan kuasa Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, kata Exco Armada Bersatu, Muzzammil Ismail.

Malah, beliau turut menyelar tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mendesak Sekretariat Pakatan Harapan (PH) agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang dapat membuat ketetapan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda PH.

“Sebagai seorang pemimpin anak muda, beliau sepatutnya membetulkan persepsi rakyat terhadap kestabilan politik kerajaan.

“Rakyat muak dan menyampah cara politik untuk mendesak jawatan seperti YB Akmal Nasir. Ini bukan AMK yang kami kenal. Tidak berjiwa besar.

“Dr Maszlee seorang yang berjiwa besar dan tetap berdiri teguh di belakang ayahandanya, Tun Mahathir. Sedangkan Akmal pula seperti lebih kuah daripada sudu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muzzammil berkata, kerajaan hari ini berhadapan dengan masalah ‘trust deficit’ dan populariti yang semakin merosot.

“Walaupun di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK ini lebih bersifat membunuh masa depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Status peralihan kuasa pentadbiran negara seperti yang disebut-sebut semakin penuh dengan toksik dan liabiliti kepada pengukuhan politik PH,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: AMK minta tetapkan tarikh peralihan jawatan PM

Artikel Berkaitan:

Semalam, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, penetapan tarikh peralihan kuasa itu akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam PH dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan pihak pembangkang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!