Penyokong Korea Selatan mahu Kim Pan-gon ganti Klinsmann

Pan-gon memantau pasukan kendaliannya pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pada Khamis. Foto Bernama
Pan-gon memantau pasukan kendaliannya pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

BIARPUN tidak layak ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023, tetapi skuad Kim Pan-gon menampilkan aksi terpuji ketika bangkit mengikat Korea Selatan 3-3.

Keputusan itu sekadar mengubati kekecewaan penyokong Harimau Malaya selepas tumpas berturut-turut kepada Jordan dan Bahrain dalam dua aksi awal Kumpulan E.

Pun begitu, 'masterclass' ditunjukkan Pan-gon dalam menyusun taktikal sehingga memerangkap Korea Selatan meraih pujian melangit daripada penyokong negara asalnya.

Keputusan seri 3-3 menyaksikan Korea Selatan meneruskan kemaraan sebagai naib juara kumpulan E di belakang Bahrain dan berdepan tugas sukar apabila bertemu satu lagi pasukan pilihan Arab Saudi di peringkat 16 terbaik.

Dengan Korea Selatan dilihat berhempas-pulas di Piala Asia, penyokong mahu pengendali pasukan Jurgen Klinsmann dipecat, selain ada yang mahu kerusi panas itu diambil alih Pan-gon.

Ini kerana, pengendali dari Jerman itu dilihat begitu tenang melihat pasukannya seri dengan Malaysia hinggakan ada yang berasakan dia seolah-olah tidak serius menjawat jawatan tersebut.

"Saya harap Korea akan kalah di pusingan 16 pasukan terbaik. Selepas itu, gantikan pengurus dengan Pan-gon," kata penyokong bernama Calvin Ryu.

"Selepas dua kali menyaksikan perlawanan Korea, corak permainan yang ditonjolkan sangat buruk. Kumpulan pemain yang ada bermain dengan teruk sebagai satu pasukan," ujar Tae Jeon pula.

Artikel Berkaitan:

"Dia langsung tak berikan reaksi ketika Son Heung-min menjaringkan gol. Pan-gon lebih beremosi," komen Tayo Mello dengan penuh marah.

Dengan Pan-gon dikatakan 'merajuk', tidak mustahil Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) boleh memujuknya untuk menyertai mereka.

Ia mungkin satu tawaran yang sukar untuk ditolak jika KFA benar-benar mahu mendapatkan Pan-gon, tetapi chemistry Pan-gon dilihat lebih ampuh bersama pemain dan penyokong Harimau Malaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!