Pelbagai aktiviti menarik sempena jualan gudang pada hujung minggu

Pengunjung meneliti naskhah al-Quran sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024. Gambar kecil: Nur Sarah Nadirah
Pengunjung meneliti naskhah al-Quran sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024. Gambar kecil: Nur Sarah Nadirah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung pada setiap hujung minggu sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini.

Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf, Nur Sarah Nadirah Ahmad Zaini berkata, aktivitinya adalah pertandingan mewarna, cabaran puzzle, kraftiviti: DIY bookmark, menulis mushaf dan #booklovechallenge.

“Pertandingan mewarna terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun, kita buka dua slot iaitu 10 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang.

“Pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akan membawa pulang hamper buku, manakala bagi peserta yang lain menerima hadiah saguhati,” katanya kepada Sinar Harian.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 berlangsung selama 10 hari bermula 25 Januari hingga 4 Februari akan datang.

Tema yang diangkat pada kali ini adalah #RoadToRamadan membuat jualan al-Quran terbesar yang pernah dianjurkan.

Tambah Nur Sarah Nadirah, penyertaan ‘Puzzle Challenge’ terbuka kepada semua peringkat umur.

Ujarnya, peserta akan diberi masa 20 minit untuk selesaikan cabaran dan pemenang bakal menerima cendera hati daripada pihak penganjur.

Artikel Berkaitan:

“Pertandingan penulisan mushaf kita buka untuk semua peringkat umur, manakala bagi kraftiviti: DIY Bookmark hanya untuk kanak-kanak sahaja.

“Kita turut sediakan aktiviti #booklovechallenge kepada semua pengunjung. Peserta akan diberi 10 saat untuk melihat gambar rujukan dan mempunyai masa selama seminit untuk selesaikannya.

“Orang ramai dijemput hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2024 untuk menyertai semua aktiviti yang disediakan dan merebut peluang membeli buku, novel dan al-Quran terbitan Karya Bestari dengan diskaun sehingga 80 peratus,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!