ICJ arah Israel benar akses kemanusiaan di Gaza

Presiden ICJ, Joan Donoghue (tengah) mengumumkan keputusan dalam kes pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza oleh Israel di The Hague, Belanda. - AFP
Presiden ICJ, Joan Donoghue (tengah) mengumumkan keputusan dalam kes pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza oleh Israel di The Hague, Belanda. - AFP
A
A
A

THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel membenarkan akses kemanusiaan di Gaza, satu keputusan paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat antarabangsa.

"Israel mesti mengambil langkah segera dan berkesan untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan asas yang sangat diperlukan dan bantuan kemanusiaan untuk menangani keadaan buruk kehidupan yang dihadapi oleh rakyat Palestin," katanya dalam keputusan mahkamah yang baru dibacakan di The Hague, Belanda.

Sebelum ini, Afrika Selatan telah membawa kes itu dengan menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948, yang ditubuhkan dalam Perang Dunia Kedua dan Holocaust. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!