Sheng Shu-Tan Ning lebih agresif, akui Pearly-Thinaah
PEARLY Tan-M Thinaah mengakui Liu Sheng Shu-Tan Ning tampil lebih baik untuk menyekat beregu wanita nombor satu negara dalam aksi suku akhir suku akhir Indonesia Masters pada Jumaat.
“Kita tidak dapat ikut rentak attacking mereka. Selain itu mereka pun tampil lebih agresif yang kami perlu work on selepas ini.
"Sesuatu yang kami boleh belajar dari mereka adalah agresif dan kelajuan permainan," kata Thinaah.
Cabaran Pearly-Thinaah yang berstatus nombor 13 dunia tewas straight set kepada beregu dari China dalam kejuaraan Super 500 tersebut.
Sementara itu, Pearly mengakui Sheng Shu-Tan Ning memberi tekanan tinggi kepada gandingan negara tersebut.
"Kami tidak dapat mengekang kelajuan permainan mereka yang merupakan punca kepada kekalahan hari ini," katanya.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu, mereka menghadirkan saingan sengit set pertama sebelum tunduk 16-21.
Set kedua, permainan Pearly-Thinaah terus tenggelam apabila gandingan lawan berstatus nombor lima dunia itu menekan untuk kemenangan 21-9 dalam masa 40 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!