Mental perlu kuat untuk jadi malim pelabuhan

Shahsirehka ketika ditemubual oleh wartawan Sinar Harian, baru-baru ini.
Shahsirehka ketika ditemubual oleh wartawan Sinar Harian, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekerja dalam industri yang didominasi oleh kaum lelaki merupakan antara cabaran besar bagi wanita lebih-lebih lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas sebagai malim pelabuhan.

Bagaimanapun, cabaran itu bukanlah satu perkara yang besar buat Shahsirehka S Maniarasu untuk terus melaksanakan tugas sebagai Malim Pelabuhan Utara di bawah Northport (Malaysia) Bhd sejak tiga tahun lalu.

Shahsirehka berkata, dia tidak kekok untuk bekerja dalam industri didominasi kaum lelaki kerana telah didedahkan dengan persekitaran yang sama sejak belajar di Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Shahsirehka (kiri) bersama staf wanita Northport (Malaysia) Bhd.
Shahsirehka (kiri) bersama staf wanita Northport (Malaysia) Bhd.

“Memandangkan saya sudah menceburi bidang ini dan saya telah bina kemahiran saya sendiri, jadi ibu menyokong saya dengan memberi kata-kata semangat serta motivasi.

“Dari segi persediaan di rumah pula, keluarga saya memang beri sokongan sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Shahsirehka, apa yang penting adalah memastikan segala tugasan dilakukan dengan betul, berdisiplin dan sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja.

“Proses untuk menjadi malim pelabuhan bukan mudah tapi apabila kita belajar caranya ia akan jadi mudah.

Artikel Berkaitan:

"Yang penting kita perlu ada mentaliti yang kuat untuk lalui proses kerja ini,” jelasnya

Mengulas dari segi cabaran melakukan tugasan sebagai malim pelabuhan pula, Shahsirehka berkata, pekerjaan itu tidak terlalu sukar untuk dilakukan kerana dia telah menjalani latihan kemahiran asas berkaitan kerjaya tersebut terutamanya dalam hal memanjat kapal.

“Jujurnya, lebih senang untuk perempuan memanjat kapal berbanding lelaki sebab ia bukan soal guna tenaga tetapi lebih kepada fizikal wanita yang fleksibel berbanding lelaki.

“Naik kapal tidak menggunakan tangga jenis yang keras tetapi guna tangga bertali. Tangga seperti ini mudah berayun dan wanita lebih senang untuk panjat sebab mudah ikut rentak ayunannya,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!