Kanak-kanak derita kulit rapuh

Keadaan anggota badan Muhammad Alif Firdaus yang sentiasa berbalut bagi mengelak luka semakin teruk.
Keadaan anggota badan Muhammad Alif Firdaus yang sentiasa berbalut bagi mengelak luka semakin teruk.
A
A
A

KOTA BHARU - Jari melekat antara satu sama lain dengan anggota badan yang sentiasa ada luka, itu derita dialami seorang kanak-kanak akibat penyakit Epidermolysis Bullosa atau kulit rapuh.

Lebih malang apabila anggota badan Muhammad Alif Firdaus Mohd Rosdy, 8, yang belajar di tahun dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang itu terpaksa dibalut setiap hari bagi mengelak lukanya bertambah teruk.

Ibunya, Ruziah Ismail, 38, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu menghidap penyakit itu sejak lahir dan memerlukan perhatian sepenuh masa.

“Di sekolah, dia terpaksa diasingkan dari rakan-rakan dan tidak menyertai perhimpunan serta tidak makan di kantin.

“Setiap kali ke sekolah, dia hanya memakai baju sahaja dengan seluar sukan kerana kainnya lembut. Kasut sekolah pula terpaksa digantikan dengan selipar,” katanya.

Ruziah juga tidak bekerja kerana memberikan sepenuh perhatian kepada anaknya itu.

Katanya, setiap kali mencuci atau membalut luka, dia terpaksa cekalkan hati mendengar tangisan Muhammad Alif Firdaus yang sakit akibat pedih luka.

“Adakalanya, hati saya sendiri tidak kuat walaupun sudah lapan tahun menghadapi keadaan ini.

Artikel Berkaitan:

“Setiap bulan kos untuk peralatan luka Muhammad Alif Firdaus mencecah RM2,000 dengan suami hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan bulanan RM1,500,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh atau menerusi akaun 7611159603 - CIMB.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!