Pasar Selayang digempur, 108 PATI ditahan

Antara warga asing yang ditahan dalam Op Taring II di Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Antara warga asing yang ditahan dalam Op Taring II di Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi banteras jenayah di Pasar Harian Selayang, di sini pada Sabtu, berjaya menahan 108 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, Op Taring II Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 3 pagi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Menurutnya, seramai 213 warga asing telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan, 108 PATI termasuk empat wanita ditahan atas pelbagai kesalahan.

"PATI ini terdiri daripada 52 Indonesia, Myanmar (35), India (12), Bangladesh (7), Nepal (1) dan Pakistan (1)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

PDRM melaksanakan Op Taring II di Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
PDRM melaksanakan Op Taring II di Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Katanya, pihak polis dengan dibantu agensi penguat kuasa lain akan terus laksana operasi khas ini.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dialukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing. Polis akan menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan dan ketenteraman negara," ujarnya.

Seramai 213 warga asing telah diperiksa dalam operasi ini.
Seramai 213 warga asing telah diperiksa dalam operasi ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!