Bantal busuk disangka ular
KUALA LUMPUR - Orang awam panik melihat benda terapung yang disangkakan seekor ular dalam longkang setinggi satu meter di Jalan Air Panas, Air Telaga Setapak.
Bagaimanapun, pemeriksaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) mendapati objek tersebut bantal busuk yang dibuang ke dalam longkang.
Pegawai APM Kuala Lumpur, Ahmad Junaidi Dukut Soeharto memaklumkan, seramai empat anggota telah dikerah ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut pada Jumaat.
"Pusat Kawalan Operasi APM Kuala Lumpur telah menerima aduan daripada orang awam terdapat ular di dalam longkang berkenaan jam 5.30 petang.
"Didapati 'ular' tersebut merupakan 'bantal' buangan yang tersangkut dalam longkang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!