Peniaga warga asing tak serik jual jagung bakar depan KLCC

Minuman tin yang dijual tanpa kebenaran turut disita. Barang jualan yang disita. Jagung bakar serta peralatan membakar yang disita DBKL.
Minuman tin yang dijual tanpa kebenaran turut disita. Barang jualan yang disita. Jagung bakar serta peralatan membakar yang disita DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga warga asing tidak serik dan masih menjaja jagung bakar depan KLCC meskipun telah diambil tindakan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, pihaknya sekali lagi menggempur lokasi berkenaan selepas aktiviti terbabit dikesan kembali beroperasi.

Menurutnya, DBKL mengambil tindakan sitaan terhadap barang jualan serta peralatan yang digunakan untuk membakar jagung dalam operasi berkenaan.

"Tindakan sita telah dijalankan sebelum ini, namun penjaja warga asing terbabit kembali menjalankan aktiviti penjajaan.

"Tindakan berterusan dan pemantauan berkala akan dijalankan sekitar kawasan tumpuan menerusi siri-siri tindakan khas yang telah dirancangkan termasuk di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Aktiviti terbabit sebelum ini pernah tular di media sosial Julai lalu selepas orang awam kurang senang dengan aktiviti membakar hingga mengeluarkan asap di depan bangunan ikonik yang menjadi lokasi tarikan pelancong.

Susulan itu DBKL melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang berniaga tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!