Intan Sarah 'serah diri' kepada Kim Pan-gon

Intan Sarah bersemuka dengan Pan-gon dan memohon maaf kerana terikutkan emosi dalam detik getir Harimau Malaya bertemu Korea Selatan. - Foto akaun X Intan Sarah
Intan Sarah bersemuka dengan Pan-gon dan memohon maaf kerana terikutkan emosi dalam detik getir Harimau Malaya bertemu Korea Selatan. - Foto akaun X Intan Sarah
A
A
A

PEMAIN wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli, tampil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi, untuk bertemu Kim Pan-gon yang baru tiba dari Qatar.

Intan Sarah dikritik hebat selepas lantang mempertikai percaturan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan itu di laman sosial ketika Harimau Malaya bertemu Korea Selatan, kelmarin.

Namun, dia bersemuka dengan Pan-gon dan memohon maaf kerana terikutkan emosi dalam detik getir tersebut.

Skuad negara mengakhiri kempen Piala Asia 2023 di peringkat kumpulan selepas seri sekali dan kalah dua kali. - Astro Arena

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!