Biden cipta sejarah 'memalukan' sebagai Presiden AS
WASHINGTON - Joe Biden mencipta sejarah ‘memalukan’ apabila menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pertama disaman kerana terlibat pembunuhan beramai-ramai berikutan ia terus bersekongkol dengan kekejaman sekutu kuatnya, Israel ke atas Gaza.
Pendengaran pertama kes itu diadakan di Mahkamah Persekutuan di Oakland, California pada Jumaat.
Badan hak asasi manusia dan komuniti Palestin di Washington merupakan plaintif di bawah tuntutan undang-undang tersebut yang dikemukakan Pusat untuk Hak Perlembagaan (CCR) pada pertengahan November lalu.
Difahamkan, CCR memfailkan saman itu bagi pihak Dr Omar al-Najjar yang berkhidmat di Kompleks Perubatan Nasser di bandar Khan Yunis, selatan Genting Gaza dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia Palestin.
Tuntutan itu turut menamakan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin dan Setiausaha Negara, Antony Blinken sebagai defendan.
Sejak 7 Oktober lalu, AS telah menyediakan bantuan ketenteraan untuk menyerang Gaza termasuk menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Washington turut mempertahankan pendirian mereka tentang tuduhan Israel melakukan genosid di Gaza sebagai tidak berasas setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan rejim Tel Aviv perlu mencegah kematian orang awam. - Agensi
@sinarharianonline Joe Biden mencipta sejarah ‘memalukan’ apabila menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pertama disaman kerana terlibat pembunuhan beramai-ramai berikutan ia terus bersekongkol dengan kekejaman sekutu kuatnya, Israel ke atas Gaza #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Amerika #JoeBiden #Israel #Gaza #Palestin #AS #Presiden
Spongebob Closing Theme Song Music - Ocean Floor Orchestra
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!