Alat peraga kempen jadi punca peningkatan kecelakaan lalu lintas

Pemasangan baliho dan parpol dikatakan tidak menepati peraturan ditetapkan. Foto Agensi
Pemasangan baliho dan parpol dikatakan tidak menepati peraturan ditetapkan. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Insiden kecelakaan lalu lintas akibat alat peraga kempen (APK) termasuk baliho (papan iklan) dan bendera parti politik (parpol) semakin meningkat ketika para calon mempergiatkan acara bertemu komuniti setempat menjelang Pemilihan Umum (Pemilu 2024) pada 14 Februari depan.

Susulan itu, pihak berkuasa menggesa para pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada memandangkan ada pemasangan baliho dan parpol yang tidak menepati peraturan ditetapkan hingga membahayakan nyawa.

Sejak beberapa minggu lalu, beberapa pihak ada menyuarakan rasa kurang senang dengan pemasangan APK yang didakwa mencacatkan pemandangan malah mengganggu tumpuan pengguna.

Antara kes yang menjadi tular di media sosial melibatkan kejadian seorang mangsa cedera di Kembangan, Jakarta Barat dihempap salah sebuah baliho yang dipasang di sepanjang bahu jalan.

Terdapat juga insiden di mana sejumlah penunggang motosikal terjatuh kerana sejumlah baliho roboh secara tiba-tiba.

Selain itu, sepasang suami isteri juga menjadi mangsa parpol yang tidak dipasang mengikut spesifikasi dan menghalang laluan hingga mengganggu konsentrasi pengguna lain terutamanya penunggang motosikal. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!