Presiden Korea Selatan terpalit skandal beg jenama mewah isteri
SEOUL - Rating penolakan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mencapai tahap tertinggi dalam tempoh kira-kira sembilan bulan di tengah-tengah skandal beg berjenama mewah yang diterima Wanita Pertama, Kim Keon-hee.
Keputusan tinjauan mingguan oleh Gallup Korea yang diterbitkan pada Jumaat menunjukkan peningkatan daripada 58 kepada 63 peratus.
Kumpulan kaji selidik itu mendakwa ‘isu panas’ yang menghimpit Keon-hee menjadi faktor utama lonjakan kadar tersebut dan dijangka memberi impak kepada Parti Kuasa Rakyat (PPP) pimpinan Suk-yeol yang berhasrat untuk menjadi kuasa majoriti di Parlimen menjelang Pilihan Raya dijadualkan pada April depan.
Sehingga kini, Suk-yeol enggan mengulas tentang rakaman video yang memaparkan isterinya menerima beg jenama Christian Dior bernilai kira-kira AS$2,200 (RM10,400) daripada seorang paderi Korea-Amerika pada September 2022.
Klip tersebut dikatakan telah diambil menggunakan kamera tersembunyi yang kemudiannya dimuat naik di saluran YouTube milik kumpulan politik liberal.
Sementara itu, pemimpin PPP, Han Dong-hoon percaya insiden tersebut jelas satu perangkap. - Agensi
@sinarharianonline #SinarHarian #SinarTerkini #Korea #Presiden #Skandal #Beg #Isteri
Ring (Originally Performed by Selena Gomez) [Instrumental Version] - Hit The Button Karaoke
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!