Piala FA: Maidstone United cipta kejutan singkir Ipswich Town
KELAB Divisyen Enam Inggeris, Maidstone United mengejutkan kelab Liga Kejuaraan, Ipswich Town dengan kemenangan 2-1 pada pusingan keempat Piala FA di Portman Road pada Sabtu.
Kemenangan Maidstone, menyaksikan kelab mara pusingan 16 terbaik itu menyingkirkan pasukan 98 anak tangga di atas mereka dalam piramid bola sepak Inggeris.
Jaringan Lamar Reynolds (m-43) dan Sam Corne (m-66) membolehkan Maidstone, pasukan kedudukan terendah yang tinggal dalam kejuaraan itu memadamkan gol Jeremy Sarmiento minit ke-56.
“Ia adalah keajaiban Piala FA, kami harus percaya,” pengurus George Elokobi.
The Stones seharusnya berterima kasih terima kasih kepada penjaga gol, Lucas Covolan kerana cemerlang mengekang asakan Ipswich yang memburu jaringan.
"Saya sangat gembira dapat membantu rakan sepasukan, saya sangat berbangga dengan pasukan ini.
"Apa yang kami capai memang sukar dipercayai, sungguh cemerlang. Sungguh hebat," kata Covolan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!