Piala Asia 2023: Arnold pandang rendah kemampuan Indonesia

Arnold. Foto AFP
Arnold. Foto AFP
A
A
A

JURULATIH Australia, Graham Arnold percaya barisan serangannya tiada masalah merobek gawang Indonesia sekali gus mara ke suku akhir Piala Asia Qatar 2023 dengan penuh bergaya.

The Socceroos berdepan skuad muda Garuda kendalian Shin Tae-yong buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun di pusingan kalah mati di Stadium Jassim Bin Hamad lewat petang ini.

Di sebalik prestasi kurang meyakinkan, Australia yang muncul juara edisi 2015 sebagai tuan rumah meneruskan kemaraan ke peringat 16 terakhir selaku juara Kumpulan B.

Australia sekadar menyumbat empat gol dalam tiga perlawanan peringat kumpulan ketika jentera serangannya dilihat bergelut untuk memecah benteng pertahanan lawan.

Bagaimanapun, Arnold yakin situasi tersebut bakal berubah menjelang perlawanan ke-50 sejak dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan pada 2018.

"Statistik minit permainan menunjukkan kami lebih banyak bermain di kawasan lawan dan melakukan lebih banyak gerakan dalam kotak penalti berbanding semua pasukan yang bertanding di Qatar.

“Saya baru sahaja duduk dan menyaksikan Jepun dan Korea Selatan, dengan pemain EPL (Liga Perdana Inggeris) bergelut menentang pertahanan yang penuh sesak.

"Ini semua tentang mendapatkan kombinasi serta keyakinan dan saya optimis kami di landasan yang betul jika mengambil kira statistik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jika Australia menewaskan Indonesia di ranking ke-146 dunia, mereka akan menentang Arab Saudi atau Korea Selatan di suku akhir.

Rekod Arnold bersama Australia termasuk 32 kemenangan, 12 seri dan tujuh kekalahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!