Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas rumah terbakar

Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Alma Estate pada awal pagi Ahad.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Alma Estate pada awal pagi Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Tiga warga emas termasuk seorang wanita melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan di sini, awal pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, seorang lelaki juga dilaporkan mengalami sesak nafas.

Menurutnya, semua mangsa yang terlibat berusia lingkungan 70-an.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 pagi dan pasukan bomba sampai di lokasi kejadian tidak lama kemudian untuk memadamkan kebakaran.

Anggota bomba giat memadamkan kebakaran.
Anggota bomba giat memadamkan kebakaran.

"Empat mangsa terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang mana tiga didapati melecur pada anggota badan manakala seorang lagi sesak nafas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, dua mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

Jelasnya, dua lagi mangsa pula diberikan rawatan awal oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum turut dibawa ke HBM untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!