Lima renjer hutan terperangkap akibat kepala air selamat

Operasi SAR lima kakitangan Pejabat Renjer Hutan Bera yang terperangkap dalam Hutan Simpan Chini, Bera akibat kepala air digerakkan selepas pihak bomba menerima laporan kejadian pada Sabtu.
Operasi SAR lima kakitangan Pejabat Renjer Hutan Bera yang terperangkap dalam Hutan Simpan Chini, Bera akibat kepala air digerakkan selepas pihak bomba menerima laporan kejadian pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Lima kakitangan Pejabat Renjer Hutan Bera yang terperangkap dalam Hutan Simpan Chini, Bera ekoran kejadian kepala air Jumaat lalu berjaya diselamatkan pada petang Sabtu.

Kejadian kepala air dilapor berlaku kira-kira jam 11 malam ketika semua mangsa sedang berehat di khemah.

Difahamkan renjer hutan terlibat berada di kawasan hutan berkenaan untuk semakan kerja-kerja penandaan pokok balak dan pengesahan sempadan kawasan lesen pembalakan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Triang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Antara anggota penyelamat terdiri daripada bomba, polis, APM dan JPNP yang terlibat dalam operasi SAR kakitangan Pejabat Renjer Hutan Bera yang terperangkap dalam Hutan Simpan Chini, Bera.
Antara anggota penyelamat terdiri daripada bomba, polis, APM dan JPNP yang terlibat dalam operasi SAR kakitangan Pejabat Renjer Hutan Bera yang terperangkap dalam Hutan Simpan Chini, Bera.

Menurutnya, operasi turut dibantu 22 anggota terdiri daripada polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

"Pihak bomba menerima maklumat jam 10.42 pagi pada Sabtu berhubung kejadian lima kakitangan Pejabat Renjer Hutan Bera terperangkap dalam hutan selepas berlaku kepala air dan paras Sungai Bera meningkat.

"Dalam kejadian itu, semua kelengkapan perkhemahan termasuk bekalan makanan mereka dihanyutkan arus deras manakala kenderaan dinaiki juga dikatakan tenggelam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Zulfadli berkata, operasi SAR agak mencabar kerana hutan masih dipenuhi air.

"Selain itu disebabkan tiada laluan untuk kenderaan masuk, pasukan penyelamat terpaksa berjalan sejauh kira-kira 12 kilometer untuk sampai ke tempat mangsa.

"Semua mangsa ditemui kira-kira jam 2 petang dalam keadaan selamat.

"Tiga motosikal milik pekerja ladang digunakan untuk membawa mangsa keluar sebelum menaiki kenderaan disediakan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!