BN-PH elak bercakaran isu sensitiviti: Saarani

Saarani (tengah) dan Mujahid (kiri) bertemu perwakilan yang hadir ke Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
Saarani (tengah) dan Mujahid (kiri) bertemu perwakilan yang hadir ke Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Perbezaan ideologi dalam kalangan parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan perlu diuruskan dengan baik agar tidak mengganggu kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setiap parti di dalam gabungan berkenaan mempunyai ideologi dan falsafah perjuangan masing-masing yang perlu dihormati.

"Jangan pula kita membiarkan perbezaan ini menjadi punca kepada perbalahan. Jangan kita membiarkan perseteruan lama menjadi asbab untuk kita bercakaran dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu, apatah lagi jika ia menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama.

"Kita perlu sentiasa berusaha untuk membolehkan perbezaan antara kita menjadi asbab kekuatan dalam kerajaan dan ini sebenarnya telah berjaya kita lakukan setakat ini. Malah, saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa di peringkat kerajaan negeri, kita berjaya mengurus perbezaan dengan begitu baik," ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.

Saarani (empat dari kiri) bersama Mujahid (tiga dari kiri) ketika menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
Saarani (empat dari kiri) bersama Mujahid (tiga dari kiri) ketika menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.

Hadir sama pada konvensyen itu, Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pimpinan parti-parti BN dan PH di peringkat negeri.

Saarani berkata, mengurus perbezaan merupakan perkara asas dalam konteks berkerajaan kerana sejarah membuktikan bahawa kerajaan boleh runtuh akibat gagal menguruskan perbezaan.

"Saya sebutkan ia sebagai fundamental kerana perkara ini bukan sahaja diikuti dan diperhatikan dengan rapat oleh rakyat di luar sana, tetapi juga oleh pihak musuh yang akan sedaya upaya mahu menggambarkan bahawa kita adalah gabungan politik yang rapuh atau 'fragile' akibat perbezaan termasuklah dalam soal ideologi mahupun falsafah perjuangan.

Artikel Berkaitan:

"Maka, saya mengajak kita semua untuk menjadikan konvensyen sulung kita ini untuk sama-sama mencari kearifan. Konvensyen ini bukan sekadar untuk kita memacak panji perpaduan. Tetapi untuk menemukan tali-tali jalinan yang menguatkan. Untuk sama-sama mendirikan naratif politik yang mendamaikan, serta menolak prasangka yang memecahbelahkan," katanya.

Dalam pada itu, Saarani berkata, sebagai pimpinan dan pendukung kerajaan, mereka mesti dilihat bekerja sebagai satu pasukan kerana ekosistem politik yang ada ketika ini sentiasa dibayangi naratif perpecahan.

Katanya, rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang mempunyai kesatuan dalam tindakan dan bersama-sama untuk membangunkan negeri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!