Pengamal media Terengganu terjejas banjir terima sumbangan

Seramai 16 petugas media yang terjejas banjir menerima sumbangan daripada Kelab Wartawan Media Terengganu.
Seramai 16 petugas media yang terjejas banjir menerima sumbangan daripada Kelab Wartawan Media Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 16 petugas media yang terjejas banjir menerima bantuan dan sumbangan daripada Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat).

Presiden Kawat, Ahmad Safri Husnaini Mohamad berkata, sumbangan wang tunai itu sebagai tanda keprihatinan kelab bagi meringankan beban ditanggung mangsa yang mengalami kerugian besar akibat bencana berkenaan.

Menurutnya, terdapat beberapa pengamal media yang membuat liputan banjir di negeri ini tidak menyedari bahawa rumah mereka sendiri turut dinaiki air.

Salah seorang pengamal media yang terjejas banjir menerima bantuan.
Salah seorang pengamal media yang terjejas banjir menerima bantuan.

Malah kata beliau, ada yang mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit susulan barangan dan perabot rosak akibat ditenggelami banjir.

"Jasa pengamal media dalam membuat liputan banjir di semua daerah tanpa mengira masa amatlah dihargai. Ada yang sedang menjalankan tugas membuat liputan berita namun rumah mereka juga terkesan akibat banjir.

"Prihatin dengan nasib pengamal media yang terjejas dengan musibah itu, Kawat memberi sumbangan wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Insya-ALLAH, kami akan beri bantuan sedaya yang termampu mengikut peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita selepas Program Tautan Kasih Kawat Sejahtera bersama Media di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Pengamal media yang menerima sumbangan di hadapan rumah Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat).
Pengamal media yang menerima sumbangan di hadapan rumah Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat).

Ahmad Safri berkata, selain sumbangan wang tunai, bantuan lain turut diberikan termasuk barang keperluan bagi meringankan beban mereka.

Pada majlis sama, pengamal pengamal media yang uzur dan hilang sumber pendapatan turut menerima sumbangan berkenaan.

Sementara itu, seorang pengamal media, Mahadi Mustafa, 49, meluahkan rasa terharu dan syukur atas sumbangan Kawat kepada ahli yang terjejas akibat banjir.

"Baru-baru ini saya terlibat dengan banjir buat kali ketiga sehingga rumah ditenggelami air hingga dapur.

"Alhamdulillah, ketika itu saya sempat selamatkan barang dan dokumen penting namun ada bahagian rumah yang rosak akibat dilanda arus deras," ujarnya.

Seorang lagi pengamal media, Norhaniza Faiz, 39, menyatakan kediamannya turut terjejas banjir apabila dinaiki air sehingga setengah meter akibat hujan lebat secara berterusan.

"Rumah saya antara yang pertama terkena banjir susulan di hadapan rumah terdapat tali air ditambah pula air pasang dan hujan lebat secara berterusan.

"Alhamdulillah... sumbangan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta kesedihan selepas diuji dengan bencana tersebut," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!