Enam PATI Myanmar baru mendarat dicekup

Enam PATI ditahan di Kuala Dulang Kechil, Yan pada Ahad.
Enam PATI ditahan di Kuala Dulang Kechil, Yan pada Ahad.
A
A
A

YAN - Hasrat enam pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja dalam negara tidak kesampaian apabila dicekup selepas mendarat di Kuala Dulang Kechil, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kesemua mereka yang ditahan merupakan warganegara Myanmar berusia antara 15 hingga 33 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat lebih kurang jam 5 pagi daripada seorang ahli Skim Rondaan Sukarela yang telah menahan sekumpulan warga asing di tepi laut kuala tersebut.

"Susulan itu, sepasukan polis daripada Balai Polis Yan telah ke lokasi kejadian sebelum menahan enam warga asing itu.

"Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita Myanmar berusia 15 hingga 33 tahun ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati tujuan kesemua PATI masuk ke Malaysia adalah untuk bekerja

"Semasa mendarat, bot telah menurunkan kesemua PATI dan beredar dari pesisiran pantai," katanya.

Shahnaz berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!