Lima kedai alat ganti motosikal terbakar, peniaga rugi RM5 juta

Alat-alat ganti motosikal yang musnah dalam kebakaran.
Alat-alat ganti motosikal yang musnah dalam kebakaran.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM5 juta selepas lima unit kedai menjual alat ganti motosikal dan motosikal terpakai miliknya terbakar dalam kejadian di Kampung Manal, Jalan Jedok di sini, pada Ahad.

Kebakaran disedari berlaku pada jam 9.30 pagi bermula dari stor tempat penyimpanan ‘cover set’ dan kotak-kotak barangan motosikal.

SHI JIE
SHI JIE

Pemiliknya, Teo Shi Jie, 27, berkata, dia yang berada di rumah di Kampung Belimbing menerima panggilan telefon daripada seorang pekerjanya yang memaklumkan melihat api semasa tiba kedai untuk memulakan operasi perniagaan.

Menurut Shi Jie, dia bergegas ke kedainya dan ternampak kepulan asap tebal serta api besar yang menjulang dari jauh ketika dalam perjalanan ke premisnya itu.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran melibatkan lima unit kedai alat ganti motosikal.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran melibatkan lima unit kedai alat ganti motosikal.

“Semasa saya tiba, api sedang marak dan 12 pekerja membantu mengeluarkan lebih 40 motosikal terpakai yang masih selamat ke bahagian luar kedai bagi mengelakkan terbakar.

“Kami cuba padam menggunakan tiga alat pemadam api tetapi tidak berjaya dan api seterusnya membakar kesemua barangan alat ganti termasuk rim, cat sembur serta ‘cover set’ hingga saya rugi sekitar RM5 juta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Alat pemadam api yang digunakan pekerja.
Alat pemadam api yang digunakan pekerja.

Shi Jie memberitahu sudah menjalankan perniagaan tersebut selama 10 tahun bermula 2014.

“Selain secara bersemuka, saya juga menjalankan urus niaga dalam talian, sebab itu ada banyak stok-stok alat ganti motosikal di kedai ini.

“Bagaimanapun selain alat ganti itu, sebuah kereta, lapan motosikal terpakai juga terbakar manakala motosikal-motosikal terpakai yang sempat diselamatkan, dipindahkan ke tempat lain buat sementara waktu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Sham Kamaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.36 pagi dan bergegas ke lokasi dengan tiga jentera bersama 31 anggota dan pegawai dari Balai Tanah Merah, Kemahang serta Machang.

Bomba yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Bomba yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba mengalami sedikit kesukaran ketika kerja-kerja memadamkan kebakaran kerana barangan seperti getah tayar dan kertas kotak menyebabkan api berpanjangan.

“Pihak bomba lebih dahulu berjaya mengawal api daripada merebak ke unit-unit kedai lain yang terletak bersebelahan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memadam kebakaran sepenuhnya dan kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Tambah beliau, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!