42 GRO termasuk pondan ditahan

Wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam operasi itu. Foto: Ihsan: IPK KL
Wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam operasi itu. Foto: Ihsan: IPK KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 42 wanita warga asing berusia 19 hingga 40 tahun ditahan selepas dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan sekitar Kuchai Lama, awal pagi tadi.

Dalam operasi pada jam 1.50 pagi itu, 68 pengunjung pusat hiburan terbabit turut diperiksa anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur bersama bantuan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semua wanita yang ditahan terdiri daripada warga Thailand, Vietnam, Laos dan Filipina.

"Selain itu, terdapat juga lelaki warga asing dari Thailand dan Vietnam yang turut ditahan dalam operasi tersebut kerana berperwatakan seperti wanita.

"Malah, polis turut menahan seorang pengurus premis bersama empat warga Bangladesh yang disyaki bekerja di pusat hiburan terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai GRO. Foto: Ihsan IPK KL
Anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai GRO. Foto: Ihsan IPK KL

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, pihaknya merampas segala resit-resit transaksi, peralatan audio dan video, selempang, mahkota dan wang tunai.

Menurutnya, pemeriksaan saringan air kencing terhadap semua pelanggan di pusat hiburan terbabit juga negatif.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, serbuan ini berjaya membawa kepada penahanan seorang lelaki yang dikehendaki polis untuk siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan," katanya.

Rusdi berkata, kesemua suspek direman bermula hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!