Jokowi pertahan hak berkempen

Jokowi cuba memberi penjelasan tentang hak beliau berdasarkan undang-undang negara.
Jokowi cuba memberi penjelasan tentang hak beliau berdasarkan undang-undang negara.
A
A
A

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi cuba mempertahankan hak beliau untuk berkempen bagi calon pilihan raya.

Penjelasan itu dibuat setelah pemimpin nombor satu Indonesia itu terus berdepan kritikan warganet dan wakil calon presiden yang mendakwa beliau cuba mengekalkan kuasa.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di saluran sekretariat presiden di YouTube, Jokowi menegaskan, kenyataan beliau pada awal minggu lalu tidak seharusnya dipetik di luar konteks.

“Usah salah tafsir. Saya hanya menyatakan peruntukan undang-undang berkaitan ketika disoal tentang isu itu,” jelasnya yang merujuk kepada ulasan tentang kedudukannya yang memegang jawatan awam tidak menghalang beliau berkempen untuk mana-mana calon.

Klip itu juga memaparkan Jokowi memberi penerangan bahawa presiden dan wakil presiden (wapres) dibenarkan untuk menyertai kempen pilihan raya.

Di bawah undang-undang negara itu, presiden, wapres dan pegawai negeri lain diberi kebenaran untuk terlibat aktiviti kempen, namun dilarang sama sekali menggunakan kemudahan negeri serta perlu mengambil cuti.

Gandingan bersama Gibran (kiri) memberi kelebihan kepada Prabowo yang kekal berada mendahului dua capres lain menerusi keputusan kaji selidik.
Gandingan bersama Gibran (kiri) memberi kelebihan kepada Prabowo yang kekal berada mendahului dua capres lain menerusi keputusan kaji selidik.

Undang-undang sama juga melarang pejabat negara, pejabat struktur dan pejabat fungsian dalam jabatan negeri, serta ketua desa, daripada membuat keputusan atau mengambil tindakan yang menguntungkan atau merugikan calon semasa tempoh kempen.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu bagaimanapun menjadi tajuk utama, gara-gara beliau menyatakan presiden yang masih berkhidmat bebas menyokong mana-mana calon presiden (capres).

“Beliau berhak berkempen untuk calon pilihannya ketika waktu lapang dengan syarat tidak menggunakan kemudahan kerajaan ketika menyertai aktiviti tersebut,” katanya sambil menambah pemimpin juga mempunyai 'hak demokrasi' sama seperti pengundi lain.

Ketika kenyataan itu dibuat, Jokowi turut berada di samping Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto yang menjadi capres No. Siri Dua.

Prabowo dilihat mempunyai kelebihan untuk meraih sokongan Jokowi memandangkan pasangan regu beliau, Gibran Rakabuming Raka merupakan anak sulung pemimpin tersebut.

Hilang pengikut di platform X

Susulan 'kenyataan kontroversi' Jokowi, jurucakap kempen capres No. Siri Satu, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar memberitahu, mereka merancang untuk melaporkan kepada Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) atas alasan ketidakstabilan politik.

Bagaimanapun, Anies mengarahkan pasukannya supaya tidak berbuat demikian kerana langkah tersebut dikhuatiri hanya akan meningkatkan lagi populariti pasangan calon (paslon), Prabowo-Gibran.

Pasukan kempen capres No. Siri Tiga, Ganjar Pranowo turut menggesa Jokowi supaya mengekalkan prinsip etika.

“Jokowi aktif berkempen untuk tiket anaknya, sudah tentu akan meningkatkan lagi persepsi orang ramai tentang nepotisme,” kata jurucakapnya, Chico Hakim.

Gerakan UnfollJokowi di platform X untuk menzahirkan kekecewaan kepada pemimpin itu yang menyebut presiden boleh berpihak kepada calon pilihan dan menyertai aktiviti kempen.
Gerakan UnfollJokowi di platform X untuk menzahirkan kekecewaan kepada pemimpin itu yang menyebut presiden boleh berpihak kepada calon pilihan dan menyertai aktiviti kempen.

Warganet juga menzahirkan reaksi kurang senang dengan penglibatan Jokowi dalam kegiatan kempen Pilihan Raya Presiden (Pilpres) dengan menggunakan hashtag #GerakanUnfollJokowi.

Pengguna @Dennysiregar7 di platform X dengan lantang berkata, dia tidak lagi percaya dengan Jokowi.

“Maaf, saya unfollow,” menurut ciapan tersebut yang telah meraih lebih 9,000 like sehingga Sabtu.

Sentimen sama dikongsi pengguna lain seperti @yusuf_dumdum dan @PreciosaKanti yang lengkap dengan video atau foto memaparkan mereka unfollow akaun Jokowi.

“Maaf Encik @Jokowi, saya akan unfollow. Kekal sihat selalu,” ujar @yusuf_dumdum. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!