'Senyumlah selagi mampu'

KLINSMANN
KLINSMANN
A
A
A

DI sebalik kritikan yang menggunung, Jurgen Klinsmann dilihat masih mampu tersenyum dan tingkah lakunya ketika Korea Selatan diikat Malaysia 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E baru-baru ini ternyata mengundang kemarahan penyokong Taegeuk Warriors.

Penyokong berang kerana Klinsmann dilihat tidak serius menyandang jawatan jurulatih Korea Selatan.

Malah, pengendali berusia 59 tahun itu dianggap perosak generasi emas Korea Selatan yang dibarisi pemain bintang seperti Son Heung-min, Lee Kang-in dan Kim Min-jae.

Korea Selatan berdepan ujian berat apabila bertemu Arab Saudi pada suku akhir, Rabu ini bagi misi menjulang Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Bagaimanapun, akibat ke-marahan yang meluap-luap, penyokong mendoakan Klinsmann meraih kegagalan di Qatar.

“Penyokong Korea memandang Klinsmann dengan penuh kebencian dan tidak menyokongnya.

“Dia sentiasa tersenyum ketika seluruh negara berdebar dan bolos tiga gol pun dia masih kelihatan ceria,” kata wartawan, Hong Jae-min yang membuat liputan di Doha.

Tambah Jae-min lagi, se-bahagian besar peminat bola sepak di Korea berpendapat Klinsmann tidak mempunyai karakter kepimpinan yang baik dan wajar digantikan dengan jurulatih lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!