Dakwaan polis minta RM100: Pelancong UK dikesan bantu siasatan

Mohd Yusri (kiri) beramah mesra dengan warga IPK Perak yang menjalani saringan kesihatan pada program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di Ipoh pada Isnin.
Mohd Yusri (kiri) beramah mesra dengan warga IPK Perak yang menjalani saringan kesihatan pada program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Polis sedang mengesan pasangan pelancong warga United Kingdom bagi membantu siasatan kes tular seorang anggota polis trafik yang menawarkan diskaun saman RM100 kerana memandu laju.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, usaha digerakkan bagi mengesan pelancong itu yang dilaporkan berada di luar negara.

"Kes ini bagaimanapun dalam siasatan pihak Bukit Aman bagi mengenal pasti lokasi, masa dan tarikh kejadian.

"Kita sedang menunggu arahan lanjut untuk tindakan seterusnya dan juga mengesan pasangan warga asing itu bagi membantu siasatan.

"Difahamkan mereka telah berada di luar Malaysia," katanya kepada pemberita pada program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan rakaman video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di laman X @doktorrezz memaparkan pasangan terbabit disaman oleh anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Pasangan pelancong dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ telah ditahan disyaki ketika dalam perjalanan ke Ipoh.

Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (KM) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer pada jam 11.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!