redONE agih lebih RM1.5 juta kepada rakan kongsi jualan

(redONE) menganjurkan Star Nite 2024 sebagai menghargai pencapaian rakan kongsinya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), Genting Highlands pada 20 Januari lalu.
(redONE) menganjurkan Star Nite 2024 sebagai menghargai pencapaian rakan kongsinya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), Genting Highlands pada 20 Januari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar, redONE Network Sdn Bhd (redONE) telah menganjurkan Star Nite 2024 sebagai menghargai pencapaian rakan kongsinya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), Genting Highlands pada 20 Januari lalu.

Bertemakan 'ASEAN', malam berprestij itu menyaksikan lebih daripada RM1.5 juta hadiah dan insentif wang tunai diberikan untuk menghargai pencapaian dan prestasi luar biasa rakan jualan redONE sepanjang 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Ameen Amaendran berkata, program itu diadakan sebagai penghargaan di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi yang telah diberikan.

“Terima kasih kerana menjadi penggerak di sebalik kejayaan redONE. Kami berharap sambutan ini bukan sahaja menjadi platform ganjaran atas dedikasi yang telah dipamerkan sepanjang tahun 2023 tetapi juga menyemarakkan motivasi semua untuk memberikan yang terbaik.

“Bersama-sama dalam perjalanan ini, kita akan berusaha untuk terus cemerlang dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Ini akan menjadi pentas untuk pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Safee Sali dilantik sebagai Duta Jenama redONE.
Safee Sali dilantik sebagai Duta Jenama redONE.

Majlis itu dimulakan dengan persembahan pancaragam dan tarian singa oleh Master Siow Lion Dance Team serta dihadiri lebih 1,200 tetamu terhormat termasuk pasukan pengurusan kanan redONE Malaysia, Thailand, Singapura serta rakan kongsi strategik.

Acara itu mempamerkan pencapaian lebih daripada 50 rakan jualan di seluruh negara dalam 12 kategori termasuk Rakan Kongsi Prabayar dan Pascabayar; Jualan Nasional dan Serantau; Pengedar dan Pengambilan Penasihat Jualan, dengan lebih RM500,000 insentif tunai diberikan.

Artikel Berkaitan:

Kemuncak sambutan itu adalah penyampaian Hadiah Bonanza Kereta yang dinanti-nantikan, di mana 20 kereta baharu dan basikal EV bernilai hampir RM900,000 telah diberikan kepada rakan jualan yang layak serta menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2023.

Antara rakan kongsi jualan yang berjaya membawa pulang insentif tunai.
Antara rakan kongsi jualan yang berjaya membawa pulang insentif tunai.

Kenderaan yang diberikan ialah dua BYD ATT03, 10 Blue Shark EV Bike, empat Perodua Bezza dan empat Perodua Ativa.

Rakan Jualan redONE yang berpencapaian tinggi dan layak untuk Kategori Bonanza Kereta Perdana ialah Ong Yue Lun daripada NTT Global Marketing dan Tay Sock Yoon daripada Kesh Communications di Melaka apabila masing-masing memenangi BYD ATTO 3.

Beberapa pusingan cabutan bertuah turut diadakan di mana lebih 30 pemenang membawa pulang gajet bernilai lebih RM135,000.00.

Tambah Ameen Amaendran, apa yang menarik untuk tahun 2024 adalah pelantikan pemain bola sepak legenda Malaysia, Safee Sali yang akan menjadi sebagai Duta Jenama redONE.

“Kerjasama ini akan menyaksikan ikon bola sepak itu berganding bahu dengan redONE untuk memacu pelan tanpa had redONE Pascabayar UX50 yang memberi ganjaran kepada pelanggan dengan jersi Safee Sali eksklusif.

redONE terus bekerjasama dengan kelab bola sepak Liga Super Malaysia, PDRM FC.
redONE terus bekerjasama dengan kelab bola sepak Liga Super Malaysia, PDRM FC.

“Hasil daripada jualan pelan pascabayar itu akan disumbangkan kepada Pusat Permata Kurnia, sebuah sekolah pendidikan khas di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan,” jelasnya.

Ujar beliau, redONE akan terus bekerjasama dengan kelab bola sepak Liga Super Malaysia, PDRM FC sekali gus menunjukkan komitmen syarikat untuk menyumbang ke arah pertumbuhan sukan di negara ini.

Mereka yang berminat untuk mengetahui cara menyertai redONE sebagai rakan kongsi boleh melayari redone.com.my atau menghubungi Pengurus Saluran pasukan jualan redONE di pejabat negeri masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!