Pekerja sambilan didakwa hina TYT, Mufti dan Pengerusi Melaka Sentral

Abdul Razak (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.
Abdul Razak (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Seorang pekerja sambilan didakwa di Mahkamah Majistret dekat sini pada Isnin atas tuduhan membuat penyataan fitnah terhadap Yang di-Pertua Negeri, Mufti Melaka dan juga Pengerusi Melaka Sentral Sdn Bhd.

Abdul Razak Osman, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melalui satu rakaman video didakwa telah membuat satu penyataan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mufti Melaka dan juga Pengerusi Melaka Sentral Sdn Bhd.

Kesalahan itu dilakukan melalui video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @othmanahamidjunior dalam kumpulan WhatsApp yang telah ditonton di satu alamat di Jalan SD2/21 Taman Seri Duyong 2 dekat sini kira-kira jam 3.30 petang pada 21 November 2022.

Abdul Razak Osman (tengah) mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina tiga individu termasuk Yang di-Pertua Negeri.
Abdul Razak Osman (tengah) mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina tiga individu termasuk Yang di-Pertua Negeri.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian mencadangkan jumlah jaminan RM7,000 kepada tertuduh bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam K Shareveen, memohon jaminan rendah dengan alasan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap dan memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan dengan bekerja sambilan.

Selain itu, tertuduh turut menyara dua orang anak berusia 19 dan 24 tahun yang masih belajar di universiti.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dan menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!