Penyamun 'gelabah' beg ada pengenalan diri dirampas mangsa

Zakaria dan isterinya melakonkan kembali keadaan mereka diikat.
Zakaria dan isterinya melakonkan kembali keadaan mereka diikat.
A
A
A

REMBAU - Tindakan empat penjenayah menyamun dua rumah di Kampung Pilin di sini pada awal pagi Isnin, bagaikan 'memakan diri' selepas beg disyaki milik salah seorang daripadanya berjaya dirampas oleh seorang mangsa yang mengejarnya.

Mangsa, Mohd Akmal Isfak Ahmad, 27, berkata, dia sebelum itu dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki yang menutupi muka masing-masing dengan baju sambil salah seorang mengacukan pisau ke arahnya dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi.

"Mereka ugut akan bunuh ibu saya, jika saya buat bising, dan ketika itu ada lima orang dalam rumah termasuk anak buah lelaki saya berusia satu tahun. Semasa penjenayah itu membuka pintu bilik kakak, abang ipar saya terus menyerbunya sebelum mereka melarikan diri.

Mohd Ikmal menunjukkan beg ibunya yang berjaya dirampas kembali.
Mohd Ikmal menunjukkan beg ibunya yang berjaya dirampas kembali.

"Saya bertindak mengejar mereka disusuli abang ipar sebaik menyedari beg tangan milik ibu dilarikan lalu berlaku pergelutan dengan seorang daripadanya, manakala beg disyaki milik salah seorang suspek yang mengandungi pengenalan diri juga berjaya dirampas termasuk beg ibu," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Katanya, dalam kejadian itu juga kakaknya Ayu Nursuria, 30, terpaksa menerima sembilan jahitan akibat terkena pisau yang digunakan suspek.

Ayu Nursuria menunjukkan tingkap rumahnya yang dipotong oleh penjenayah.
Ayu Nursuria menunjukkan tingkap rumahnya yang dipotong oleh penjenayah.



Sementara itu, dalam kejadian terdahulu, penjenayah yang dipercayai warga asing itu menyamun sebuah rumah yang dihuni enam beranak kira-kira jam 3.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Malah mereka dikatakan sempat makan durian dan ikan masin mentah selepas selesai menyamun sementara menunggu kenderaan mereka sampai.

Durian dan ikan masin mentah antara yang dimakan suspek selepas menyamun.
Durian dan ikan masin mentah antara yang dimakan suspek selepas menyamun.

Menurut mangsa, Zakaria Mohamed Yunus, 40, penjenayah berkenaan dilihat bagaikan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang diinginkan susulan diberitahu bahawa kediamannya merupakan 'kediaman orang kaya', bagaimanapun hampa susulan mangsa hanya mempunyai wang tunai RM100.

Mohd Akmal menunjukkan kecederaan yang dialami kakaknya.
Mohd Akmal menunjukkan kecederaan yang dialami kakaknya.

"Saya, isteri dan dua anak diikat manakala dua lagi anak saya tidak diikat kerana nyenyak tidur. Penjenayah itu pukul saya, manakala isteri disepak kerana kecewa tidak banyak barang berharga ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Bapa saudara Zakaria menunjukkan lokasi suspek masuk.
Bapa saudara Zakaria menunjukkan lokasi suspek masuk.

"Kita masih memburu suspek dalam kejadian ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!