Indonesia cadang projek feri RORO Batam-Tanjung Belungkor

Sigit (tengah) bersama warga media Johor di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru pada Isnin.
Sigit (tengah) bersama warga media Johor di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Indonesia mencadangkan feri Roll On Roll Off (RORO) digunakan bagi laluan Batam-Tanjung Belungkor, Kota Tinggi untuk meningkatkan import dan eksport antara Johor dengan republik itu.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto berkata, RORO yang mengangkut trak perdagangan itu akan memastikan penghantaran barangan secara terus antara dua negara tersebut melalui Johor.

Warga media Johor bergambar bersama kakitangan Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru pada Isnin.
Warga media Johor bergambar bersama kakitangan Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru pada Isnin.

"Cadangan Indonesia untuk memperkenalkan laluan feri RORO antara Batam dan Tanjung Belungkor, Kota Tinggi sudah dikemukakan kepada kerajaan Johor. Kami berharap ia dapat dilaksanakan.

"Feri RORO ini boleh mengangkut trak-trak perdagangan Indonesia dan Malaysia bagi menghantar pelbagai barangan import eksport terutama Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dua wilayah berkenaan yang sebelum ini hanya dihantar menaiki feri barangan dalam jumlah terhad," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra antara Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) dan media Johor di sini, pada Isnin.

Menurut Sigit, inisiatif laluan feri RORO perlu menjadi keutamaan dua wilayah berkenaan bagi memastikan ekonomi dua wilayah itu berkembang pesat.

Beliau berkata, wilayah khas Batam di Kepulauan Riau, dan Johor juga boleh diperkenalkan terutama dalam bidang pelancongan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia berikutan ramai pelancong Indonesia dari Kepulauan Riau terutama Batam yang berkunjung ke negeri ini dan ramai rakyat negeri ini berkunjung ke Batam.

"Oleh itu, kami mencadangkan supaya diadakan zon wilayah istimewa Batam-Johor di mana rakyat kedua wilayah mendapat keistimewaan dari segi diskaun perkhidmatan dan perbelanjaan jika menunjukkan kad pengenalan kedua-dua wilayah berkenaan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!